Archive for November, 2008

aku sudah lama x menulis?

aku sedar aku dah lama x menulis… dan aku mmg sengaja berbuat demikian… lantak la, blog aku, ekspresi emosi aku, lakaran liku2 kehidupan aku dan buah pikiran yg mungkin bernas dari aku….

kehdupan aku mcm biase… x der warna yg baru aku calitkan… masih kelam, kosong, hambar… tp seronok… aku hari nie nak cerita 5 perkara ttg diri aku yg korg x mungkin taw…

aku hanya suke nengok movie di panggung…
aku rasa aku ader masalah… aku x suke nak nengok movie selain kat panggung… aku rasa movie sangat membosankan… duration yg panjang, prkmbangan watak yg x cukup, cerita yg terpaksa di potong2….

aku perlukan decoder astro…
aku perlu nampak decoder astro yg menunjukkan jam untuk bwat aku gembira… aku bkn duk nengok astro pown klau kat kg… aku lebih memerlukan internet dari tv…. aku hanya nak decoder tuh ader depan mata….

cerita melayu adalah kartun paling menarek…
aku suke kondem citer melayu yg x berwawasan… aku nengok cerita melayu x berwawasan hanya kerana aku perlukan hiburan selain dari rancangan hiburan… aku perlu ketawa tanpa melihat cerita bergenre komedi

aku hanya dengar 1 album penuh sahaja
pabila aku suke dengar 1 album itu, aku akan dengar sampai bosan… tp in between tuh aku ader gak la selitkan lagu2 yg aku suke…. aku dah dengar album perubahan dari d’masiv, hampir setiap hari selama 3 bulan kowt… purata la yerk… sbb ader hari aku bukak album nie sampai 5-10 kali ulang… damn loser… aku ulang album, bkn lagu….

aku rasa org pelik nengok aku menulis?
aku pabla menulis aku akan…. aku x dapat word itu…. klau korg biase menulis nota dlm keadaan menegak… aku menulis dlm keadaan melintang…. pabila aku menulis menegak, aku x selesa… aku rasa tangan aku cacat… tp, itu yg menjadikan aku unik… walaupun aku rase ramai jugak yg tulis melintang… aku tulis jawi juga melintang…

pabila sebut pasal tulisan jawi… aku jadi cam sedeyh… aku rasa bdk2 johor yg bersekolah agama petang adalah expert tulisan jawi… aku masih ingat betapa lajunya aku menulisan jawi dulu… betapa lancar nya bacaan artikel jawi suatu ketika dulu… ckp saja dar angel mane, tanpa berpikir aku bleh membaca jawi…

skrung nie, aku mula perasan, pabila aku mula membaca jawi, aku merangkak… aku rasa otak aku terpaksa berkerja sedikit utk aku membaca tulisan jawi… damn… mcm mane plak bab penulisan.. mungkin sudah karat… aku rasa aku perlu memahirkan balik tulisan jawi… malu wei, org johor x reti bace jawi….

perasaan nie mcm ko sedang bertanya pada bdk sekolah menengah di melaka yg lahir dan dibesarkan di melaka, tp x taw MP tuh kat mane… malu wei… bodoh sangat rasanya… setelah dididik selama 8 tahun ( fardu ain -aku lupe sape cikgu, darjah 1-cikgu fauzah, darjah 2-cikgu fauzah, darjah 3-cikgu jawahir, darjah 4-cikgu fauzah, darjah 5- cikgu safiah n cikgu sapura, darjah 6 -cikgu jawahir, darjah khas-mcm2 cikgu, ckgu arab -ckgu azlah) di sekolah agama…

aku ingat lagi arwah atuk aku ckp masa aku kecik2… klau jumpe sultan, dea akan tanya mcm mane nak bace doa qunut… klau x leh bace, dea rotan… sbb tuh ko kene g sekolah agama sampai darjah khas… lepas darjah khas, bleh jadi cikgu agama kat johor…

tp aku end up, jadi setan… :) ) boarding pass naek concord terus ke neraka on a fast lane…. damn…

generic-boarding-pass-airline-ticket-blank-template-copysudah… aku perlu qada’ tido… sangat mengantuk… selamat malam…. pagi sudah sebenarnya… selamat membaca?

Protected: kamu tahu sape kamu…

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Tv series Malaysia…

malaysia adalah negara yg sudah melonjak ke usia 51 usia kemerdekaan nya… tv series malaysia juga telah banyak berubah sejak dari sebelum merdeka hinggalah kini… kebanyakkan siri drama pada masa kini sudah banyak berubah..

aku x dibesarkan dlm keluarga yg menonton drama melayu… aku banyak nengok drama bersiri cina yg disiarkan setiap hari, jam 6 ptg di tv3…. inilah hiburan aku setiap hari setelah pulang dari sekolah agama… tp, sume aku dah lupe. aku hanya ingat cerita journey to the west sahaja. malam, jarang sekali aku menonton tv…

saya peminat setia zhu bajie….

sama ada aku tido awal, ataupun aku ader kelas tambahan. lepas kelas, mmg aku x nengok tv…. sekarang aku punya banyak masa terluang. aku mula menonton drama dan siri2 di kaca tv malaysia…. dah aku dpt perhatikan satu patern

I. SEGELINTIRNYA MENIRU FILEM LUAR…

ade antara pengarah2 dan penerbit yg menceduk idea dari filem luar. aku paham… budaya kita juga dipengaruhi budaya luar. tp kenapa nak disiarkan rancangan melayu bertemakan luar jugak… contohnya adalah akademi fantasia, malaysia idol… ok ini rancangan nyanyi2…

tp apekehalnya joe nak buat drama macam org luar.mcm cerita ampang medikal… mcm nak dekat sama ngan greys anatomy.. aku x kata sama, tp lebeyh kurang. konsep…

lagi satu cerita PEPAYA… cerita superhero… cicakman tuh dah bgs dah… nak tambah superhero mengarut nie wat aper. org US hanya sanggup bwat utk tontonan kanak2…. di”karton”kan ajer cerita popeye. tp org malaysia sanggup bwat drama bersiri. adoi…

II. CERITA YG MENGARUT

gadis dari bintang? what the ****. aku x taw mane dea dapat idea nak dramakan cerita nie pown aku x taw la… agaknya angkasawan negara tuh balik dea cerita ader mahkluk cantek kat angkasa kowt. tu yg dpat idea tuh.

bongok!!! nie aku x paham ok… and makluk asing dari bintang rambut blonde? x kene ok…. and astro is paying for this kind of series…. what a suprise. ntah sape la yg pilih cerita nie utk tayangan astro….

III. KONSEP YG LEBEYH KURANG

a. cerita melayu… berkonsep usahawan berjaya…. perniagaan merudum. dengki ngan perniagaan org laen.. g jaki…

b. cerita melayu berkonsep kisah cinta di tv2… masih pakai kereta sport.. teman wanita yg lawa.. mesti/lebih afdal kacukan melayu + bla bla bla… kisah cinta terhalang.

www.jomstar.com.my

c. cerita melayu berkonsep anak derhaka…. mak bapak miskin… duduk dalam serba kekurangan. anak di bandar yg hidup mewah lupe mak bapak. ader segelintir yg menyesal, ader yg sampai mati.

ini antara konsep yg aku rajin nak tulis. banyak lagi. tp ini adalah antara tema2 popular. sume nyer sama sahaja. tp ader jugak yg berjaya dlm menghasilkan cerita yg baek walaupun konsep masih lebeyh kurang.

mcm cerita “rendang untuk mertua” dan “Demi masa

fazura masih nampak melayu, dan ayu. aku masih x dapat bayangkan klau melayu kacukan di atas memakai tudung… mcm mane erk rupe dea?

mcm ini… hehehe

aku harap lebih ramai pengarah2 muda yg bleh menetengahkan ttg malaysia dan diadaptasi dlm sebuah drama atau filem… kita perlu cerita tentang malaysia dan penduduknya. aku dah jelak nengok drama jiran jeles sbb jiran dea beli perabut baru…

lelaki kahwin 2, dan isteri mereka bergaduh. adegan cinta dgn pompuan cantik yg sama jerk muka pelakonnya… adegan anak derhaka lupe jasa ibu bapa la….

adegan breakfast minum fresh oren @ orange jus. (wei, kebnaykkan rakyat malaysia minum teh tarik la mangkuk. deaorg mkn roti canai, nasi lemak…. x melambangkan rakyat malaysia btul)  aku dah muak… aku dah jelak…

aku nak drama dengan konsep baru… macam cerita kekasihku seru ke… mcm cerita ezora ker… amek pelakon muke melayu sikit… ini bg model kacukan jd doktor… x malaysia la..

filem prof razak mohiden mmg bertemakan malaysia… tp malaysia bukan terdiri dari 1 negeri jer prof. and ader pengarah baru nie mengetengahkan cerita kenegerian jugak… “budak kelantan“. menarek… dan aku harap x der joget2….

dah… cukup mengarut. penulisan aku nie mungkin x kan membawa aper2 perubahan dalam malaysia… tp sebagai rakyat melaysia aku berhak bersuara bukan?

aku rase aku lebeyh sesuai membawa isu berat? pendapat anda?